Saturday, 17 October 2015
TARIAN MELAYU
*TARIAN MAK YONG
Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.
JOM LIHAT TARIAN MAK YONG
TARIAN MELAYU
*TARIAN GEMELAN
Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17. Ia mula dipersembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain
Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis Gamelan sahaja kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu. Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.
Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis Gamelan sahaja kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu. Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.
JOM KITA LIHAT VIDEO INI
TARIAN MELAYU
*TARIAN ASYIK
Tarian Asyik adalah sejenis tarian klasik (daerah) Kelantan yang pada asalnya dipersembahkan di istana (Raja-Raja Kelantan). Barisan penarinya ialah kalangan dayang istana. Tarian Asyik selalunya dipersembahkan pada hari perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di istana.
Kini, Tarian Asyik dipersembahkan juga pada hari temasya negeri dan negara. Dari segi sejarah (Hikayat Pattani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan, yang memerintah Pattani pada 1644, ada menyimpan 12 penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.
Menurut maklumat daripada Wikipedia Bahasa Melayu, Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak-geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan 10 penari masuk ke dewan tarian terlebih dulu, lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab, gambang dan gedombak
JOM LIHAT VIDEO INI
TARIAN MELAYU
tarian zapin
Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam.Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya.
JOM LIHAT VIDEO INI
TARIAN SARAWAK
*TARIAN KADAZAN
Tarian sumazau adalah tarian kaum kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-acara keagamaan dan kemasyarakatan. Ia dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak, untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit. Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung yang sedang terbang.
JOM LIHAT VIDEO INI
TARIAN CINA
*TARIAN SINGA
Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
JOM LIHAT VIDEO INI
TARIAN CINA
*TARIAN KIPAS
Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.
JOM LIHAT VIDEO INI
TARIAN INDIA
*TARIAN KATHAK
Tarian Kathak merupakan salah satu tarian klasikal India yang berasal dari utara India. Perkataan Kathak berasal dari perkataan india iaitu katha yang bermaksud "seni bercerita" . Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewa Hindu. Kathak telah berkembang ke istana-istana pemerintah. Pada kurun ke-11 dan 12, diwaktu pemerintahan era mogul di India persembahan tarian Kathak telah berpindah dari kuil ke istana-istana Mogul. Seni tarian Kathak ketika itu juga telah dicampuri tarian budaya Turki dan Parsi. Ketika era inilah teknik chakkar (pusing) diperkenalkan dipercayai dari Tarian Sufi dari Turki.
JOM LIHAT VIDEO INI
TARIAN INDIA
*BHARATA NATYAM
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan.Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita.Suatupersembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).
JOM LIHAT VIDEO INI
TARIAN IBAN
*TARIAN NGAJAT
Tarian Ngajat sangat popular di kalangan kaum Iban, Kenyah, Kayan, Dayak Darat dan Bidayuh di Sarawak. Ngajat adalah tarian yang melatih orang-orang Iban berperang. Penari-penari akan memakai kain merah yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Pakaiannya juga dibuat dari bulu-bulu burung tetapi tidak dijahit di kiri kanannya. Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran atau tepi buluh. Dari ayunan lantai langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat-lompat bersama iringan lagu. Alat-alat muzik ialah gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai dan engkerumong.
JOM LIHAT VIDEO INI
Subscribe to:
Comments (Atom)

